Si Pencerita

Assalamualaikum semua,

Inilah entry pertama yang admin nak share!
Firstly, admin nak ucapkan banyak2 TQ sebab sudi menjengah blog ni.

“Kalau sop buntut ‘nu ieu’ buntutnya disajikan terpisah, dipanir...wah pokona beda...lah”

Pernah dengar ungkapan di atas? Mesti belum kan..hehe
Baru-baru ni admin dan partner sempat la berkunjung ke Indonesia atas beberapa urusan. Di airport,semasa pemeriksaan kastam, spray rambut admin (Gatsby baru beli RM20 lebih kot) kena campak dalam bakul...aduii! Terimalah seadanya...

Dah naik flight terus tido, sebab petang tu penat baru sampai dari Kuantan dan tak sempat rehat. So dalam 2 jam lebih sampai la kami di sana. Bila awal pagi teksi memang payah...akhirnya sampai jugak di hotel,tapi check in pukul 8 pagi,jadi tido la kejap kat surau..asal boleh!
Ada beberapa perkara menarik yang admin perhatikan,antaranya;


1. Keadaan lalu lintas (trafik)
Memang sangat sibuk dan pengguna jalan raya masing-masing tidak mempedulikan orang lain. Silap sikit jer,kena hon terus PON,PON! (dah jadi budaya ,salah ke tak sama jer). Ada sekali admin dan partner naik beca, saja la nak try tengok pemandangan katakana...tapi fuhh! Nerves jiwa raga! Nasib tak kena langgar ngan van prebet sapu (dipanggil angkut).

Suspen jugak, naik roller coster tak rasa pulak macam tu.
Dengan trafik yang sesak dan lampu isyarat tidak dipedulikan, seolah-olah kami bakal menjadi ‘mangsa nahas jalan raya’. Tapi pakcik beca tu pandai cilok celah kenderaan, respek jugak la,hehe. Bayaran lebih kurang 25 ribu rupiah kot (mula2 tu pening nak convert dari RM ke Rupiah).


2. Gerai bergerak Indo Mee/Bakso
Sempat la kami tersesat kat area perumahan tapi tak teratur, takut jugak kena “pau kacang ke sardin ke”hehe, Bila di amati,keadaan kebersihan di sekeliling bangunan juga tidak begitu memuaskan,. Tapi yang pasti ramai peniaga kecil-kecilan yang menjual ‘Indo Mee’ yang famous di sana. Kalau cari Maggie tu tak jumpa la pulak.

Selama berada di sana, susah nak dapat makanan yang kena dengan selera. Banyak masakan padang seperti ini:


Nampak macam sup ekor kan? Betul tak?


Pernah dengar resepi ini? Admin nak try jugak yang atas ni tapi tak boleh pegi tekak...akhirnya kami order nasi goring (tak ingat nama). Nampak sedap macam nasi digoreng dengan kicap dalam gambar..tapi bila sampai je...bukan nasi tapi benda lain. Lepas try makan (tak habis pun) terus beli 100 plus, baru la lega sikit rasa.


Intai jugak kalau-kalau ada burger ramlee ke, tapi takdo!
Nak dijadikan cerita, choice kami makan KFC dan McD saja la sebab makanan tak kena dengan selera. Cuma ada di satu pasar tu, kami makan nasi goreng cumi a.k.a nasi goreng sotong dan rasanya agak keMalaysiaan sikit, okey jalan!


Dalam pada itu, sempat la juga kami berborak dengan peniaga ditepi jalan yang menunggu penuh sabar untuk menarik kami agar membeli barangan mereka. Admin sempat cakap nak ambil gambar mereka, jadi kelam kabut mereka posing jer la asal boleh..hehe..


Kesimpulan yang dapat admin berikan adalah pemikiran kita akan lebih terbuka apabila melihat budaya dan cara hidup masyarakat diluar. Halangan komunikasi membolehkan kita menjadi lebih kreatif dan cuba memahami antara satu dengan lain ( melalui body language), meningkatkan kemahiran berkomunikasi...

Cukup sampai sini ya,ada perkara menarik admin pasti share dengan semua..!
Jangan lupa jadi member blog,TQ banyak2!

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.